harini saya just nak share tentang kehidupan di SMAP Kajang. masa dapat tawaran masuk sekolah ni dulu, memang rasa macam-macam. gembira sebab dapat SBP, takut sebab sekolah asrama, sedih sebab terpaksa berpisah dengan mak ayah dan macam-macam lagilah. nak-nak pulak rumah jauh. bukannya dekat. akhirnya, terima juga sebab banyak dengar komen positif tentang SMAP Kajang ni. awal-awal masuk tu, memang nangis je keje. huhu. siapa yang peramah tu cepatlah dapat ramai kawan. jadi ringan-ringankanlah mulut tu ye.
menjadi kebiasaan bagi setiap sekolah mengadakan minggu orientasi untuk para pelajar tingkatan satu. dekat smap kajang ni minggu orientasi dipanggil MSR (minggu silaturrahim). ha, waktu MSR ni lah kita dapat ramai kawan. dalam masa sebulan dah kenal satu batch.
tahun ni MSR dijalankan selama sebulan (2017). kalau tahun-tahun sebelum ni 2 minggu je. MSR dikendalikan oleh para pembimbing rakan sebaya (PRS) tingkatan 4. banyak aktiviti dijalankan. paling best main lah. hehehe. kadang ii kitorang dengar ceramah. lepastu waktu petang ii PRS akan beriadah dengan kitorang. ouh, ada jugak diorang tunjuk cara menguruskan locker and macam ii lagi lah. jangan risau, MSR best. nanti dia akan bagitahu lah segala peraturan kat SMAP. kat smap ni x leh guna aku kau tau. ana anta/anti jer..
2 minggu awal tu kitorang mmg main and dengar ceramah je. x masuk kelas. masuk minggu ke-3, kitorang dah kena masuk kelas. mastu belajar memang susah sikit lah nak paham. maklumlah sekolah rendah dulu belajar benda lain tetiba masuk form 1, kena belajar bende yang 'lain' sikit daripada sekolah rendah. subject pun bertambah. huhu.
hari first belajar, mmg satu kelas tersengguk-sengguk. ngantukkkk. harap batch 2018 elak daripada buat macam tu ya?
setakat ni saya dah tamatkan setahun hidup kat SMAP. dan saya dh jatuh hati kat SMAP.. walaupun jarang mendapat pelawat kerana mak ayah jauh di utara, rindu pada mereka dan adik ii, tapi saya akan tetap tamatkan form 5 saya di sini
sekarang, saya nak cerita barang ii yang diperlukan dan barang yang tidak dibenarkan.
ni untuk pelajar perempuan. budak lelaki saya kurang pasti harap maaf.
ok. kalau kat asrama (dlm kawasan asrama tak termasuk sekolah))x boleh pakai tudung sarung/tudung syria/yang seumpama dengannya. kena pakai tudung tiga segi yang pendek tu atau tudung bawal yang tengahnye dijahit.
pergi tandas pun kena pakai tudung tauu. warna untuk tudung kat asrama hanya warna hitam dan biru tua sahaja yang dibenarkan.
selimut dan bantal tidak dibenarkan bawak.
seluar tidur atau apa ii seluar bercorak pun x dibenarkan
baju lengan pendek, jeans, alatan elektronik, barang hiasan, make-up, perfume dan seangkatan dengannya x boleh dibawa.
nk bawa iron boleh. tapi kena daftar dekat pengawas dulu.
baju pendek atas punggung x boleh pakai kat asrama tau. banyakkan baju muslimah je. baju pendek kurangkan. seluar track, kalau nk pakai dekat sekolah, x boleh bercekak. kena longgar. kaki tu memang kena longgarkan. seluartrack bercekak hanya dibenarkan untuk dipakai di asrama.
beg sekolah, x boleh pakai beg sandang. hanya string bag dan tote bag je yang dibenarkan.
alquran yang kecik ade terjemahan tu kena beli.
kalau pakai kain sekolah atau apa ii kain, kena pakai kain dalam tau. jangan pakai seluar.
bakul x boleh bawa yang boleh baldi je.
telekung untk sembahyang warna putih sahaja yang dibenarkan. warna lain x bole. tapi kalau kt telekung putih tu ade corak ii sikit takpela.
apa lagi eh?
hahhhh. tudung sekolah/tudung prep kena lebih siku dan bawah punggung. jangan x lepas pulak. jangan beli tudung yang belakang labuh depan singkat tu tau.
tu je kut.
nanti form 1 akan ada naqib dan naqibah form3 yang jaga korang. kalau korang buat salah nanti diorang akan tegur. hope korang dapat elakkan buat problem.
kalau nk tahu, kat smap ni xde istilah kapel ye untuk junior. masuk smap jangan pasang angan ii nak kapel ok? kalau ade tu, buang je lah angan ii tu.
satu dorm, tahun depan (2018) campur form 2,3,4. form 1 dan form 5 asing. form 5 sebab nak exam, so dorg x blh diganggu.
parents boleh melawat setiap hujung minggu lepas kul 12 camtu. hari sabtu ahad. outing selang seli. minggu ni laki minggu depan perempuan. macam tu lah. kena blik sekolah sebelum pukul 6. pulang bermalam, sekolah ada sediakan bas untuk budak ii yang duduk utara dan timur.
setiap malam, pelajar akan duduk dalam halaqah dekat dorm, lepastu akan ade org lead bacaan surah al-mulk. tu lebih kurang pukul 11. biasenye tido pukul 11:30. #11setengahmalam
setiap hujung minggu, sabtu ngan ahad tu lepas solat subuh, ada huffaz. murid ii kena hafal surah ii yang telah ditetapkan mengikut form. hari sabtu ade prep pagi dari pukul 8:00 sampai pukul 12:30.
biasanya hujung tahun, pelajar ii dibenarkan balik setiap hujung minggu. :) best kan?
tapi, hujung tahun pun ade homework. tahun depannya kena hantar.
dalam setiap batch, mesti ade je yang kita akan jumpa suka buat masalah, anak mak setiap minggu nak balik, cari pasal ngan senior. tu semua biasa. so ukhwah sesama ahli batch ni perlu dijaga. ukhwah mmg dititikberatkan lah kat smap.
kalau nak tahu, smap kajang mmg hebat dalam debat, debate, nasyid, reka cipta dan inovasi, memanah and so on. banyak dapat johan :) masuk smap kajang ni, biasalah sbp kan? mmg banyak dapat peluang pergi mana ii. contohlah, 2017 ni, beberapa org pelajar berpeluang ke korea dan brunei untuk pertandingan reka cipta inovasi. hah, jgn sia-siakan peluang guyssss. Tahun depan 2018, peluang untuk ke Turki, Jepun pulak..
kami selalu dapat pelawat dari negara luar seperti Korea. Beberapa orang pelajar dan guru dari sana akan datang untuk beberapa minggu. pelajar korea akan masuk kelas seperti pelajar SMAP yang lain dan belajar bersama-sama. seronokkan.. boleh bertukar ii pandangan, bahasa, ilmu dan budaya..
setiap batch biasanya anggaran 150 orang pelajar. sekiranya tak cukup, SMAP akan membuat panggilan intake ke 2, ke 3, ke 4 sehingga cukup kuota.
Assalam.. Tkasih review pasal smapk.
ReplyDeleteTerima kasih atas blog ni. Anak acik baru masuk sini tahun ni. Harap yang baik2 untuk kamu ya.
ReplyDeleteBagaimana nak mohon
ReplyDeleteWynnBET : Situs Slot Online | Casino Online Gambling
ReplyDeleteWynnBET - Situs Slot Online WynnBet - Situs https://tricktactoe.com/ Slot https://febcasino.com/review/merit-casino/ Online WynnBet - Situs Slot Online WynnBet - Situs Slot Online WynnBet - 바카라사이트 Situs Slot Online WynnBet - Situs wooricasinos.info Slot Online 출장마사지